Tahniah! Wajah Datin Seri Heliza Helmi Bakal Terpapar Di Papan Iklan Seluruh Negara! Dilantik Sebagai “Face Of Charms”.

Tahniah diucapkan kepada Charms Cosmetic & Skincare diatas perlantikan Datin Seri Heliza Helmi sebagai “Face of CHARMS” dan wajah baharu bagi papan iklan terkini mereka baru-baru ini.

Nampaknya rezeki isteri kepada Dato Seri Mahadi Badrul Zaman ini semakin melimpah ruah dengan pelbagai kerjasama strategik di antara dirinya dengan pelbagai jenama tempatan. Majlis perlantikan Datin Seri Heliza Helmi sebagai “Face of CHARMS” telah disaksikan oleh lebih 100 orang peserta program yang dikendalikan oleh Charms Cosmetic & Skincare iaitu “Let’s Charms Angels”.

Ketika majlis perasmian, Datin Seri Heliza Helmi telah menandatangani “mockup billboard” sebagai tanda simbolik perlantikan beliau sebagai wajah baharu papan iklan tersebut yang bakal dipaparkan di lokasi strategik seperti di lebuhraya Pantai Timur dan Pantai Selatan.

Datin Seri Heliza Helmi turut melancarkan “limited edition box” bagi produk laris pasaran Charms iaitu Hydra Fresh Tinted Moisturiser. Produk ini telah berada dipasaran lebih dari 10 tahun dan telah merealisasikan impian Pengasas Charms, Puan Nur Bashirah Hussein untuk kekal relevan dengan pengguna masa kini. Untuk rekod, Charms pernah din0batkan sebagai salah satu jenama penerima Anugerah NONA Superwoman Award 2020 melalui kategori NONA Best Safe Use & Dermatologist Tested Skincare Award .

Charms telah bekerjasama dengan UTHM dalam penyelidikan saintifik untuk menaik taraf kualiti produk sejajar dengan matlamat “safe use”.

Puan Nur Bashirah atau lebih mesra di sapa Syira juga memaklumkan Charms bakal men3mbusi pasaran Indonesia memandangkan terdapat permintaan pr0duk halal dari negara seber4ng itu.

 

 

Sumber: Nona

Sumber TTK

 

Facebook Comments

Be the first to comment on "Tahniah! Wajah Datin Seri Heliza Helmi Bakal Terpapar Di Papan Iklan Seluruh Negara! Dilantik Sebagai “Face Of Charms”."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*