Sesi anugerah pelajar cemerlang jadi ‘dr4ma’ air mata, Guru pengacara majlis seb4k di mesyuarat PIBG-““Ingatkan saya kuat”

SEKUAT mana pun seseorang itu, tetap akan berasa seb4k apabila sesuatu menyentuh emosi.

Begitulah yang terjadi kepada seorang guru sewaktu membaca biodata anaknya sendiri ketika sesi pengumuman kejayaan murid-murid di sekolah.

Menerusi video yang tular, guru berkenaan beberapa kali berhenti berucap kerana menah4n seb4k sebelum tugasnya diambil oleh kakitangan lain.

Menerusi video yang tular, guru berkenaan beberapa kali berhenti berucap kerana menah4n seb5k sebelum tugasnya diambil oleh kakitangan lain.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercakap kepada mStar, guru tersebut, Nor Diyana Suhaili Ghazali berkata, kejadian berlaku sewaktu Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 2 di Kota Bharu, Kelantan pada 24 Jun lalu.

Wanita berusia 41 tahun itu memberitahu, dia bersama seorang lagi guru ditugaskan sebagai pengacara majlis (MC) tetapi pasangannya tidak dapat hadir kerana cuti s4kit.

“Mengikut perancangan awal, kami akan bahagikan tugas MC. Dalam mesyuarat PIBG tu ada penyampaian anugerah Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi tahun 2021.

“Untuk sesi penyampaian anugerah UPKK tu, rakan setugas sepatutnya baca untuk murid Tahun Lima dan saya baca untuk Tahun Enam. Bila dia tak hadir kerana cuti sakit, jadi saya meneruskan tugas seorang diri,” katanya ketika dihubungi mStar.

Penyampaian anugerah kepada anak Diyana.

Lebih dikenali sebagai Teacher Elly, Diyana berkata, dia terlebih dahulu mengetahui salah seorang daripada empat murid yang memperoleh pencapaian terbaik dalam UPKK 2021 merupakan anak perempuannya, Nuha Humaira Mohd Fahmi yang kini berusia 12 tahun.

“Patutnya seorang lagi MC baca biodata anak saya yang merupakan murid Tahun Lima tahun lalu. Nak tak nak, saya yang bacakan biodata anak yang saya tulis sendiri.

“Saya ingatkan saya kuat untuk baca kesemua biodata murid. Tapi bila tiba baca biodata anak sendiri, saya tak dapat mengawal em0si dan seb4k,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu.

Diyana (kanan) tersenyum menyaksikan kejayaan anaknya.

Berpengalaman dalam bidang perguruan selama 15 tahun, Diyana mengakui perasaan seb4knya kerana terkenangkan cab4ran dan kesulit4n yang terpaksa dilalui oleh anaknya.

“Kesedihan tu datang bila mengenangkan betapa struggle anak saya termasuk murid-murid lain belajar dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Anak saya bertungkus-lumus menghafal untuk UPKK dan semua calon perlu menjalani ujian tersebut secara online.

“Saya sebagai guru selalu bekerja keras untuk mendidik anak-anak orang lain. Apabila usaha saya bersama guru lain mengajar anak sendiri sampai berjaya, saya bersyukur,” katanya.

Bersama empat penerima anugerah kecemerlangan UPKK.

Menurut Diyana, anak perempuannya yang merupakan cahaya mata kedua daripada empat beradik itu memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam UPKK pada tahun lalu, sekali gus menjadi antara empat yang terbaik daripada 112 calon bagi Tahun Lima dan Tahun Enam.

Mengulas lanjut, guru cemerlang Matematik itu berkata, dia hanya mampu membaca kurang separuh daripada kandungan biodata anaknya pada hari kejadian.

Kesedihan tu datang apabila mengenangkan betapa struggle anak saya termasuk murid-murid lain belajar dengan kaedah PdPR.

DIYANA

“Sebab anak sendiri, jadi saya tulis biodata lebih panjang. Tapi asyik sebak, teringat kesusahan anak, saya tak dapat nak sambung baca.

“Mujur guru penolong kanan hal ehwal murid gantikan saya. Beliau pun tak habis baca, ada separuh lagi sebab biodata ditulis tangan dan ada banyak singkatan serta ikon yang saya je faham, jadi saya cadangkan agar sesi diteruskan dengan acara penyampaian anugerah,” katanya.

Nuha (tengah) berkongsi kejayaan bersama bapa (kiri) dan salah seorang adik lelaki.

Jelas Diyana, dia tidak menyangka ia merupakan pertama kali tidak dapat menghabiskan bacaan teks sepanjang penglibatannya menjadi pengacara majlis di sekolah sejak 2007.

“Sebelum sesi penyampaian anugerah, saya berlatih baca depan anak dan memang okay. Tapi itulah naluri seorang ibu dan saya pula sensitif, memang tak kuat,” katanya.

Facebook Comments

Be the first to comment on "Sesi anugerah pelajar cemerlang jadi ‘dr4ma’ air mata, Guru pengacara majlis seb4k di mesyuarat PIBG-““Ingatkan saya kuat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*