S3riusnya! PM umum boleh rent4s negeri, nenek terus buat pengumuman penting untuk anak cucu – “Datang jumpa opah!”

“OPAH nak umumkan, esok boleh rent4s negeri. Datang jumpa opah!”

Begitulah sedutan ucapan seorang warga emas dalam sebuah video yang dimuat naik oleh cucunya pada Ahad malam.

Pengumuman yang nampak s4rius dan penting itu dikongsi bersama ahli keluarga yang lain dengan harapan mereka semua dapat bertemu kembali selepas kerajaan memberi keb3naran untuk mer3ntas negeri.

Berkongsi kisahnya bersama mStar, Nur Amirah Najihah Johari, 25, memberitahu bahawa video neneknya, Hazizah Abdul Rahman, 75, dirakam secara sp0ntan oleh saudara-maranya yang menetap di Seksyen 4, Bangi.

Apa yang lebih menarik, warga emas itu langsung tidak kelihatan k3kok apabila disuruh memberi ucap4n di hadapan kamera untuk tatapan sembilan anak, 29 cucu dan tujuh cicitnya.

Nur Amirah memuat naik berdurasi 28 saat itu di media sosial sebagai kenangan dan setakat ini meraih hampir 2,000 tontonan di TikTok.

“Opah saya ni jenis sp0rting dan kelakar, dia ikutkan je cucu-cucunya nak rekod video. Dia memang dah terlalu rindukan kami semua sebab itulah excited nak buat video tu.

“Lebih-lebih lagi opah saya ni seorang yang banyak cakap dan selalu nak bagi ucapan. Jadi saudara mara pun terfikir nak bagi opah berucap siap dengan mikrofon yang ada.

“Video itu daripada grup WhatsApp keluarga mak saya dan kemudian edit sikit dekat TikTok, saja post di media sosial sebagai kenang-kenangan,” katanya yang menetap bersama keluarganya di G3lung Pepuyu, Bota, Perak.

Mesra disapa Amyra, katanya, dia sudah lama tidak berjumpa dengan nenek dan ahli keluarga yang lain disebabkan pelaksana4n Perint4h Kawal4n Pergerak4n (PKP).

Walaupun masih boleh berhubung melalui telefon, namun ia masih tidak dapat mengub4ti rindu seorang cucu terhadap neneknya.

“Opah ni pun dah hampir setahun saya tak berjumpa dengan dia, hanya dapat bercakap dan video call melalui telefon sahaja sepanjang PKP.

“Dia suka bersemb4ng dengan saya sebab saya jenis banyak bercakap juga.

“Rindu nak dengar cerita dia yang lvcu, sebab opah suka buat lawak dan meriahkan suasana keluarga kami. Waktu PKP dulu opah kerap s4kit, tak ada selera makan dan selalu s4kit dada.

“Dah bawa pergi check sampai kena t4han wad sebab doktor susp3k tibi. Tapi selepas beberapa kali buat pemeriksaan, bukan tibi cuma jantung opah sedikit lemah.

“Maklumlah, orangnya pun sudah berumur. Alhamdulillah, sekarang dah okay sikit,” katanya yang membuat bisnes menjual produk kecantikan secara online.

Anak bongsu daripada empat beradik ini mengakui tidak sabar untuk bertemu dengan neneknya semula memandangkan kerajaan telah memberi keb3naran untuk merent4s negeri.

Dia juga berpesan agar rakyat Malaysia sentiasa mematuhi segala langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebelum pulang ke kampung.

“Asalnya kami memang nak melawat opah minggu ni di Bangi, tapi dia cakap nak datang ke Perak dalam masa terdekat. Sebab opah pun memang asal duduk di Perak, dekat je dengan rumah saya.

“Tapi sejak atuk saya dah tiada, opah tinggal di Bangi bersama anak-anaknya. Masa saya kecil dulu opah la yang selalu menjaga saya.

“Jadi pesanan saya, hargailah atuk dan nenek kita semua. Sebab di sebalik kasih sayang mak ayah, atuk dan nenek juga la insan yang selalu mengambil berat tentang kita.

“Paling penting sekali sebelum nak balik jumpa atuk nenek atau keluarga, pastikan buat C0vid test dulu dan patuhi S0P,” katanya.

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman bahawa rakyat Malaysia yang sudah lengkap dua dos v4ksin C0vid-19 boleh merent4s negeri untuk bertemu keluarga atau melancong.

Sumber:mstar

Facebook Comments

Be the first to comment on "S3riusnya! PM umum boleh rent4s negeri, nenek terus buat pengumuman penting untuk anak cucu – “Datang jumpa opah!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*