Sedang berdepan uji4n, gadis sebak lihat kakak menangis lepas solat

Setiap insan pasti diuji dengan pelbagai dug4an. Tiada yang terlepas dari sebarang masal4h dan pastinya setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang cukup besar di kemudian hari.

Namun, andai diri tengah diuji oleh Maha Pencipta, berbalik kepadanya adalah jalan terbaik untuk menenangkan jiwa.

Lihat kakak nangis lepas solat

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @iqasalim apabila memuat naik video kakaknya yang m3nangis ketika selesai solat subuh.

Dari jauh dapat dilihat gadis tersebut menangis teresak-esak sambil bersujud. Dalam kapsyen yang disertakan, pengguna TikTok itu memaklumkan yang kakaknya sedang terluka.

Namun, @iqasalim sempat menitiplan pesan bahawa kita tetap mempunyai Allah S.W.T setiap masa walaupun ketika itu kita telah kehilangan semuanya dalam hidup.

Pegang dua keping gambar

Di posting yang berbeza, kakak kepada gadis berkenaan dilihat memegang dua keping gambar seolah-olah menyatakan yang dia bersedih disebabkan perkara itu.

Men4ngis lepas solat memang sangat tenang

Walaupun tidak menceritakan hal sebenar, namun warganet tetap memberikan kata-kata semangat buatnya supaya bersabar dengan ujian daripada Allah S.W.T.

Ada juga di antara mereka yang pernah melakukan hal sama dan mengakui bahawa menangis ketika solat sememangnya satu bentuk terapi yang dapat menenangkan kita dari masalah yang sedang dihadapi.

Bukan saja2 tapi memang nak nangis

Cara dekatkan diri dengan Allah

Pernah nangis masa solat lepas doa

Time sujudlah masa paling dirindui

Sumber: TikTok @iqasalim

Facebook Comments

Be the first to comment on "Sedang berdepan uji4n, gadis sebak lihat kakak menangis lepas solat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*