Dua bulan kerja guru sementara, wanita ini tetap bersyukur terima gaji RM119.77

SEORANG wanita di Indonesia baru-baru ini menjadi tular selepas dia memuat naik video tentang m0mennya yang mahu mengambil gaji selama dua bulan sebagai guru sementara.
Dalam video berkenaan, wanita tersebut iaitu Bertaalpina menunjukkan dia hanya menerima gaji sebanyak 410,000 rupiah (RM119.77) sahaja.

“Hari ini, saya mahu ke sekolah untuk mengambil gaji selama dua bulan. Mahu melihat gaji guru sementara? Dengan dua jam waktu bekerja setiap minggu, inilah gaji untuk dua bulan,” kata wanita itu yang menggunakan nama akaun TikTok, @brtlpn.

Menurut Bertaalpina, walaupun gaji yang diterima tidak mampu memenuhi keperluannya, dia tetap berasa bersyukur.

“Alhamdullilah, saya bersyukur dengan gaji yang saya terima kerana saya berpendapat nilai tersebut sesuai dengan waktu bekerja saya di sekolah,” ujarnya.

Bertaalpina merupakan guru Bahasa Indonesia dan Seni Budaya di Bandar Lampung, Lampung.
Tambah Bertaalpina, pengalaman paling suk4r dilupakan adalah sewaktu bertemu murid-muridnya dan berint3raksi. Dia mengakui sangat menyukai kanak-kanak.

“Mereka seperti ‘mood boosters’ bagi saya. Satu lagi, saya seronok bercerita dan mendengar cerita mereka,” katanya.
Video tersebut menerima respons daripada netizen dan ramai memberikan sokongan kepada Bertaalpina.

“MasyaAllah semoga para guru terus bersemangat,” kata pengguna akaun TikTok, @H Abdul Aziz.

Seorang lagi pengguna TikTok, @Riska ajah menggesa kerajaan Indonesia agar memandang serius masal4h guru sementara yang dibayar rendah daripada gaji minimum ditetapkan oleh negara berkenaan.

“Jangan hanya gunakan tenaga mereka sahaja. Ambil perhatian tentang kebajikan mereka,” katanya. — Detik

 

Sumber:mstar

 

Facebook Comments

Be the first to comment on "Dua bulan kerja guru sementara, wanita ini tetap bersyukur terima gaji RM119.77"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*