Cik B geli tonton video ‘birthday’, Iqbal mohon kasih4ni em0si bakal anak t1ri

Video sambutan hari lahir ke-27 bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli yang disambut r0mantik bersama usahawan kosmetik itu benar-benar mengukuhkan dakw4an bahawa mereka akan berkahwin.

Namun re4ksi anak kepada Datuk Seri Vida (DSV) sememangnya menarik perhatian ramai kerana dilihat agak ‘g3li’ dengan drama percintaan ibu dan bakal bapa tirinya itu.

Respon Cik B

Sedaya upaya lakukan yang terbaik buat DSV, Cik B & Kacak

Namun begitu, menerusi perkongsian di InstaStory Iqbal, dia telah memuat naik ‘update’ terkini berkenaan kisah cintanya bersama DSV.

Menurut pemuda tersebut, DSV seharian suntuk menangis memikirkan Cik B. Dalam masa yang sama bekas PA usahawan itu mengakui yang kasihan dengan bakal anak tirinya kerana mungkin perjalanan hidup sejak kecil menjadikannya seperti itu.

Tambahan lagi, Iqbal menyatakan yang orang lain tidak akan dapat mengambarkan jika Cik B sudah marah. Tiada siapa mampu mendekatinya.

Mohon agar urusan semua dipermudahkan

Oleh itu, Iqbal berharap agar orang ramai supaya tidak menambahkan lagi api kepada Cik B. Dia berjanji akan melakukan yang terbaik buat DSV, Cik B serta Kacak demi masa depan mereka semua.

Jadi, menerusi InstaStory pemuda itu lagi, dia telah menulis luahan rasa dengan memohon supaya Allah S.W.T membantunya menghadapi segala kesulitan dan tohmahan dalam kehidupannya.

Terdahulu, khabar DSV dan bekas pembantu peribadinya untuk berkahwin telah tular di media sosial. Namun begitu, menerusi rancangan Melodi yang bersiaran di TV3, anak kepada DSV iaitu Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd Amin kurang bersetuju dengan pilihan ibunya kerana merasakan jarak usia mereka terlalu jauh.

Dia juga ada menulis di ruangan Twitter dengan berharap agar apa yang berlaku lebih dari lima kali (perkahwinan ibunya) tidak terulang lagi.

Sumber: Instagram Ahmadiqbalzulkefli, Twitter @havocCikb via omm

Facebook Comments

Be the first to comment on "Cik B geli tonton video ‘birthday’, Iqbal mohon kasih4ni em0si bakal anak t1ri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*