“Doa saya dimakbulkan” – Sekeping kad buat bapa menitis air mata… esoknya t3ruja, segak macam nak pergi dating!

SIAPA yang tak s3dih kerana belum mendapat berpeluang untuk menunaikan solat berjemaah di masjid berikutan prosedur operasi standard (S0P) ketika Perint4h Kawal4n Pergerak4n (PKP).

Begitu jugalah yang dirasakan seorang bapa sehinggalah dia menerima ‘kad jemputan’ untuk menunaikan solat Jumaat di masjid sekali gus menyaksikan air matanya mengalir.

Menerusi video yang meny3ntuh emosi, ‘kad jemputan’ itu sememangnya mengubat kerindu4n lelaki untuk solat berjemaah di masjid.

Anak perempuannya, Farhah Jamaluddin berkata, kali terakhir bapanya berusia 61 tahun itu berpeluang menunaikan solat di masjid adalah pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Wanita berusia 30-an itu memberitahu, ia bagaimanapun amat berbeza dengan rutin bapanya yang sering ke masjid setiap hari sebelum Perint4h Kawal4n Pergerak4n (PKP) dilaksanakan.

“Dulu hampir setiap waktu ayah ke masjid. Sekarang ni ayah akan bersiap-siap macam nak pergi masjid walaupun dah lama ayah tak dapat ke masjid, sebab masih menunggu giliran.

“Saya paling s4yu tengok ayah menungg4ng motosikal pusing-pusing sekitar rumah. Siap berkopiah, berbaju Melayu dan berkain pelikat seperti hendak ke masjid sedangkan gilirannya masih belum lagi,” katanya kepada mStar.

Farhah berkata, ‘kad jemputan’ daripada pihak masjid itu diberikan kepada bapanya pada Khamis yang membenarkannya untuk hadir ke masjid bagi solat Jumaat.

“Masa tu ibu buat kejut4n bagi kad jemputan kat ayah… ayah men4ngis. Ibu pun men4/ngis sama. Walaupun ayah terdiam, tapi kami sekeluarga tahu ayah rasa bersyukur sangat.

“Esoknya ayah buat persediaan baju untuk dipakai ke masjid, dari pagi. Biasanya ayah pakai mask warna biru, tapi ayah tukar mask hijau sebab nak sepadan dengan warna baju Melayu.

jemputan ke masjid 3

Bapa (kiri) dan ibu Farhah.

“Memang nampak ayah sangat excited. Smart dia tu macam orang nak pergi dating!” ujarnya yang merupakan anak kedua daripada enam beradik itu.

Sementara itu, bapa Farhah, Jamaluddin Abdul Aziz pula berkongsi perasaan t3rujanya saat menerima ‘jemputan’ daripada masjid yang membenarkannya untuk solat Jumaat.

“Saya bersedia dari awal pagi, saya potong kuku dan siap-siapkan baju yang hendak dipakai ke masjid. Bukan dating saja kena smart, tapi nak ke masjid untuk solat pun kena smart,” ujarnya yang menetap bersama keluarga di Kampung Sungai Kelambu di Banting, Selangor.

jemputan ke masjid 5

Farhah (kanan) bersama ibu (kiri) dan bapanya.

Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai Wak Aji atau Wak Jaez mengaku dia sebelum ini s3dih kerana menah4n sabar bagi mem4tuhi S0P yang ditetapkan oleh kerajaan.

Hati datuk kepada lima cucu itu juga mudah ters3ntuh setiap kali melintasi kawasan masjid ketika dalam perjalanan dari rumahnya ke kilang perusahaan kerepek di Banting.

“Perjalanan dari rumah untuk ke kilang memang lalu hadapan masjid. Saya pandang masjid rasa sebak, dalam hati tertanya-tanya bilakah saya berp3luang untuk solat di masjid.

“Setiap hari saya tidak berhenti berdoa agar urusan saya sentiasa dipermudahkan. Alhamdulillah, doa dimakbulkan dengan jemputan untuk solat Jumaat di masjid,” ujarnya.

jemputan ke masjid 4

Farhah (belakang, kanan) bersama keluarga.

Jamaluddin yang merupakan pengusaha kerepek berkata, sebagai rakyat, dia akvr dengan SOP dan pada masa sama mengakui mengerjakan ibadah juga penting.

“Solat berjemaah di masjid lebih besar pahalanya. Saya berharap kerajaan dapat memberi lebih kel0nggaran kepada mereka yang hendak solat berjemaah di masjid,” katanya.

Dilaporkan, solat Jumaat di Selangor ketika ini dibolehkan seramai 40 jemaah tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid di 39 masjid yang sudah ditetapkan sebelum ini. Kad akan diedarkan kepada 40 orang untuk hadir pada solat Jumaat itu.

Solat berjemaah dibenarkan bagi solat Subuh, Maghrib dan Isyak sahaja di 39 masjid yang sama, dengan jumlah kehadiran 40 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid.

 

Sumber:mstar

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Doa saya dimakbulkan” – Sekeping kad buat bapa menitis air mata… esoknya t3ruja, segak macam nak pergi dating!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*