“K0takan J4nji,” Carl Samsudin T4mpil Bersemvka Minta Maaf Dengan Pakcik Hadi

Video seorang usahawan dan juga influencer, Carl Samsudin yang did4kwa meninggik4n suara kepada seorang lelaki warga em4s telah tular sejak semalam.

Selepas t3ruk dih3ntam di media sosial, usahawan tersebut telah t4mpil di Instagramnya dengan membuat permohonan maaf pada awal pagi tadi dengan m3ngakui kesilap4nnya.

Minta maaf di IG

Dia juga memaklumkan salah faham yang berlaku dan berjanji akan segera bertemu dengan pakcik tersebut bagi meminta maaf diatas tindakan tular berkenaan.

Terus tampil bersemuka

Bagi menepati janji yang telah dibuat, Carl Samsudin memuat naik gambar dan video pertemuan dengan warga emas terbabit yang dikenali sebagai Pakcik Hadi di IG story.

Dia menulis kapsyen ringkas dengan meminta maaf kepada pakcik Hadi sambil gambarnya duduk mencangkung memandang warga emas berkenaan.

Selain itu, Carl Samsudin turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi yang sama-sama ada di dalam pertemuan tersebut.

Terdahulu, video yang menunjukkan Carl memanggil pakcik tersebut ke hadapan dan bercakap kuat menggunakan mikrofon telah mengundang rasa beng4ng netizen.

Mana tidaknya, tindakan usahawan tersebut membuatkan warga emas terbabit seakan tidak berkutik dan hanya memegang meja apabila ditanyakan perihal masa mudanya dahulu.

Walau bagaimanapun, suami kepada pengasas butik wanita terkenal itu telah menjelaskan hal tersebut di Instagramnya dan membuat permohonan maaf kepada semua pihak yang terasa dengan tindak4nnya itu

 

Sumber: Instagram Carl Samsudinh, ttp://www.rosemerah.dnqj.my/

Facebook Comments

Be the first to comment on "“K0takan J4nji,” Carl Samsudin T4mpil Bersemvka Minta Maaf Dengan Pakcik Hadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*