“Itu pendapat dan hak Lana bersuara sebagai rakyat… fokus juga jelas” – Rita Rudaini

LANA Nodin tidak k3seorangan dalam tindakannya menggesa Ketua Pengarah k3sihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk meletakkan jawatan gara-gara k3s j4ngkit4n cov1d-19 di negara ini yang terus membimbangkan.

Kelantangan Lana mendapat sokongan aktres Rita Rudaini, 45, kerana menurutnya pelakon itu mempunyai hak untuk menyatakan pendapat seperti rakyat Malaysia yang lain.

“Saya berkongsi kenyataan Lana Nordin seperti yang disiarkan oleh beberapa portal kerana beranggapan ia hak peribadi saya.

“Saya tidak melihat sebarang k3salahan berdasarkan apa yang dikongsikan Lana di Instastory dia. Bagi saya, itu adalah pendapat dan hak bersuara Lana sebagai rakyat Malaysia.

“Malah ada berjuta lagi pendapat yang sama daripada rakyat Malaysia. Cuma disebabkan kenyataan itu daripada Lana yang juga selebriti, jadi ia sengaja diperbesarkan oleh netizen,” katanya kepada mStar.

rita1

Rita Rudaini sokong pendapat Lana Nodin.

Terdahulu, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 41, memuat naik rantaian pendapat di Instastory yang antara lain menyifatkan tindakan Dr Noor Hisham hanyalah lakonan semata-mata bagi memperdaya rakyat Malaysia.

Dia juga tidak berpuas hati dan menganggap penjawat awam itu berselindung di sebalik wajah yang pura-pura sed1h dan pen4t.

Tambah Rita, pendapat yang diutarakan Lana adalah berdasarkan pemerhatian aktres itu sepanjang dua tahun pand.emik cov1d-19 mel4nda negara.

Malah isi dan fokus yang disebutkan Lana juga jelas. Tidak sama sekali menjurus kepada sebarang bentuk sal4h laku, h4sut4n dan sebagainya.

“Saya menyokong tindakan Lana kerana dia antara selebriti yang berani bersuara… dia bersuara bukan untuk menghent4m semata-mata, tapi ingin menyampaikan realiti sebenar apa yang terjadi dengan fakta yang jelas.

“Rasanya ada banyak lagi perkongsian yang lebih d4hsy4t dibuat orang ramai,” ujarnya lagi.

lana 1

Perkongsian Lana di Instastory.

Sebagai rakan artis, Rita turut meluahkan perasaan k3salnya terhadap netizen yang turut mengaitkan pendapat Lana itu dengan kehidupan peribadi pelakon tersebut.

“Lebih malang apabila pendapat kami diputar belit selain dilemparkan dengan kata-kata k3sat. Itu belum lagi netizen yang sikapnya gemar membabitkan hal peribadi yang tidak ada kaitan dari topik asal dibincangkan.

“Dari dulu lagi saya jenis lantang untuk apa saja perkara yang dirasakan tidak betul atau tidak kena… baik dalam kerjaya atau perkara di sekeliling.

“Kalau warna ada putih dan hitam, begitu juga kehidupan yang tidak semua sama. Sepatutnya, apa yang diperlukan adalah saling meraikan pendapat… bukan hentam memb4bi bu.t4 seolah-olah tiada iman dalam diri,” kata Rita lagi.

Sumber:mstar

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Itu pendapat dan hak Lana bersuara sebagai rakyat… fokus juga jelas” – Rita Rudaini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*