“Hamba Allah Menyumbang 15 Katil Elektronik RM6,000 Sebuah, Kegunaan Pesak1t Covid-19,” – Individu Ini Dedah Sisi Prihatin Neelofa

Seorang individu yang dikenali sebagai Aznil Hisham menerusi akaun Facebook mendedahkan usahawan dan selebriti, Noor Neelofa bermurah hati menyumbangkan katil khas bagi kegunaan pesak1t Covid-19 di Hospital Melaka.

Di dalam status yang dikongsikan pada Khamis, Aznil menjelaskan Neelofa menyumbangkan 15 buah katil elektr0nik yang bernilai kira-kira RM6,000 seunit dua minggu lalu meski yang diminta hanyalah 10 buah sahaja.

 

Dedikasi serta ucapan terima kasih turut disampaikan Dr Abdul Rahman Abdul Kadir mewakili Jabatan Kecema san dan Trau ma, hospital berkenaan.

“Dua minggu lepas, DARK (Dr Abdul Rahman Abdul Kadir) bagi tau bahawa hospital beliau kekurangan katil. Pesak1t² covid terpaksa duduk dilantai.

“Namun dengan takdir Allah, seorang hamba Allah menyumbang katil elektronik yg bernilai RM 6 000 sebuah. Yang diminta 10 buah katil. Tapi diberi 15 buah katil.

“Berikut adalah ucapan terima kasih DARK kepada insan yang bermurah hati ini. Hanya Allah sahaja membalas kebaikkan puan,” tulisnya.

Aznil turut berkongsikan ucapan terima kasih di dalam status sama.

“Alhamdulillah…terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesak1t Covid di Hospital Melaka.

“Semoga Allah mengganjari amal jariyah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhir at.

“15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta-merta untuk meraw4t pesak1t Covid 19.

“Dari Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzal1mi saudaranya dan tidak juga membiarkan dia diz4limi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang menghil4ngkan musib4h kesusahan yang per1t dari seorang Muslim, maka Allah akan hilangkan juga darinya kesus4han dan keper1tannya pada hari Kiam.at. Barangsiapa yang menyembunyikan a1b saudaranya maka Allah akan sembunyikan a1bnya pada hari Kia mat.” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

“Jazakallahu khairan katsira. Ikhlas dari Dr Abdul Rahman bin Abdul Kadir mewakili Jabatan Kecema san dan Trau ma, Hospital Melaka,” tulisnya lagi.

Status tersebut sekali gus menjadi perhatian di samping rata-rata pengguna lain turut sama tumpang gembira atas sumbangan yang diberikan ahli perniagaan berkenaan.

Sumber: Facebook Aznil Hisham

Sumber M.Hiburan

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Hamba Allah Menyumbang 15 Katil Elektronik RM6,000 Sebuah, Kegunaan Pesak1t Covid-19,” – Individu Ini Dedah Sisi Prihatin Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*