Reda jari tak seperti orang lain, wanita syukur suami sudi terima seadanya

Ramai yang mengeluh tatkala diri ditimpa musibah. Siapa pun yang berada dalam situasi ini, memang tidak dapat dielakkan jika berperasaan sedemikian. Ini kerana lumrah manusia sememangnya begitu.

Jika korang pernah alami atau selalu diselebungi perasaan sedemikian, cuba baca dan renungkan sejenak tentang kisah wanita ini.

Jari berbeza daripada orang lain

Baru-baru ini, kisah seorang wanita yang dikenali sebagai Ateyn menjadi tular selepas berani berkongsi masalah kesihatannya secara umum.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, wanita itu memperlihatkan keadaan jarinya yang kelihatan sangat berbeza daripada insan lain, dipenuhi ketulan kecil.

Menurutnya, dia mengalami masalah itu sejak kecil lagi sehingga hari ini.

Tambahnya lagi, penykit itu turut menyer5ng sekitar kawasan mata, lutut, kaki serta di belakang badannya.

Bukan itu sahaja, penykit dialaminya itu turut menyukarkan dirinya untuk melakukan kerja rumah seperti mengemas mahupun mencuci bahan b4sah untuk dimasak.

Bagaimanapun, wanita itu tetap akur dengan uj1an yang diterimanya dan meluahkan rasa syukur kerana suaminya sudi menerima dirinya seadanya.

Selain itu, ada yang bertanya bila penykitnya itu akan sembuh? Namun wanita itu hanya menjawab dengan bersahaja bahawa penykit itu tidak akan sembuh.

Kalau sembuh pun, itu merupakan satu keajaiban dengan izin Allah dan dialah orang yang paling bersyukur di dunia.

Kalau penykit ni boleh sembuh, sayalah orang yang paling bersyukur. Saya taknak orang pandang saya atas bawah, macam saya ni buat salh besar kat dunia ni,” luahnya dengan nada sayu.

Penykit ini namanya Rheuma.toid Arthrit.is

Ramai yang bertanya tentang penyakit dialaminya, mujurlah ada seorang individu tampil memberi penerangan tentang penykit tersebut di ruangan komen dan disahkan sendiri oleh Ateyn.

Anugerah Allah jangan pernah malu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa smpati dengan ujian yang menimpa wanita itu. Malah, ramai mendoakan agar penykitnya cepat sembuh dan memberi kata-kata semangat bagi kepadanya

Awak cantik, semoga kuat ya

Manusia semua tak sempurna.. Stay strong

Penyak1t itu ujian Allah

Semoga cepat sembuh

Kalau jod0h, apa pun kekurangan pasangan akan terima

Sesungguhnya setiap musibah atau penyakit yang melanda diri kita merupakan satu ujian daripada Allah SWT. Sebagai hambaNya, kita haruslah sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakkal dalam menghadapinya.

Tak rugi orang yang bersabar dalam mengharungi segala ujian kerana boleh jadi itu merupakan cara Allah menghapus dosa hambaNya yang istimewa.

Sumber: TikTok

Facebook Comments

Be the first to comment on "Reda jari tak seperti orang lain, wanita syukur suami sudi terima seadanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*