Us1a muda lalui macam2 kenangan, Erra Fazira titip pesan buat hari l4hir Aleesya

Berikutan sambutan ulang tahun kel4hiran ke-12 anaknya, Engku Aleesya, selebriti terkenal Erra Fazira memuat naik satu video meraikan anaknya itu.

Dalam pada itu, pemilik nama Fazira Wan Chek itu sempat menitipkan pesanan serta ucapan buat anak tungg4l kesayangannya itu.

Hadirmu menyempurnakan hidupku

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

“Genap 12 tahun dikau dilahirkan.. Seusia mudamu, pelbagai kenangan yang dikau lalui.. Jadikan semua ini pengalaman istimewa buatmu..
“Masih segar dalam ingatan pertama kali dikau berada dalam dakapanku.. Gvgur segala kes4kitan dan kepayahan saat kita bertentang mata.. Hadirmu menyempurnakan hidupku.. Ya Allah.. Terima kasih di atas anugerahMu..” luah Erra berbaur seb4k di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, bintang drama ‘Gerak Khas’ berkenaan berkongsi kenangan sewaktu melahirkan anaknya di mana saat pertama kali bertentang mata, gugur segala kes4kitan serta kepay4han dirasainya.

Jelas wanita berusia 47 tahun itu lagi, dia bersyukur kerana kehadiran Aleesya telah menyempurnakan hidupnya di dunia ini.

Happy birthday Aleesya!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir kepada Aleesya memuji kecantikan kedua anak-beranak itu.

Dah besar, cantik macam ibunya

Dalam pada itu, ayah Aleesya iaitu Engku Emran turut tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari lahir buat puteri tercinta.

Aleesya ajar ayah erti kehidupan

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by In Safe Hands (@narmeukgne)

“Aleesya sayang Ayah, dah masuk 12 tahun hari ini. Ayah sangat bersyukur dapat jadi ayah kepada Aleesya. Aleesya banyak mengajar Ayah tentang erti kehidupan,” tulis Emran.

Menurut Emran, mereka anak beranak telah menghadapi pelbagai cab4ran dan uj2an bersama. Dia berharap Aleesya menjadi seorang anak yang berjaya dalam hidup, hamba Allah yang sentiasa taat padaNya dan dikurniakan ketenangan buat selamanya.

Terdahulu, ibu t!ri kepada Aleesya iaitu Noor Nabila turut memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelah1rannya yang ke-12.

Sumber: Instagram Erra Fazira, Instagram Engku Emran via omm

Facebook Comments

Be the first to comment on "Us1a muda lalui macam2 kenangan, Erra Fazira titip pesan buat hari l4hir Aleesya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*