“Artis setiap kali ‘cucuk’ dapat duit, sabar je lah buat ‘swab test’ tu!” – Michael Ang

Pada waktu ini, seluruh rakyat Malaysia sedang sabar menunggu giliran nama mereka dipanggil untuk menerima vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengenai cadangan keutamaan pemberian vaksin terhadap golongan artis telah membangkitkan kemarahan ramai pihak termasuklah selebriti.

Artis juga ‘frontliners’ perlu diberi keutamaan – Zed Zaidi

Menurut Zed, selebriti merupakan ‘frontliners’ dan mereka adalah golongan yang perlu menerima suntikan vaksin COVID-19 terlebih dahulu tambahan lagi mereka terpaksa menjalani ‘swab test’ sebelum memulakan penggambaran.

Artis bukan ‘frontliners’, tak perlu dapat kepentingan sebegitu

Antara selebriti yang lantang membidas kenyataan yang dibuat oleh pelakon berusia 41 tahun itu adalah Michael Ang.

Justeru itu, pemilik nama Michael Ang Hai Swee itu menyelar pendapat artis terbabit dan menegaskan selebriti bukanlah ‘frontliners’ yang perlu mendapat kepentingan sebegitu rupa.

Perkara tersebut disampaikan oleh Michael sendiri menerusi satu ‘posting’ di laman sosial Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Bagi aku lah, vaksinkan dulu pelajar-pelajar dan yang kena kerja kat pasar, kat mall, tempat makan. I rasa diorang lagi penting kot!
“Kita artis ni sabar aje lah buat Covid test tu! Artis kan setiap kali kena cucuk dapat duit sebab ada ‘show’ baru kena cucuk kan. Jadi, bertabahlah tak payah lah nak minta potong barisan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan segelintir golongan selebriti bersetuju dengan komen yang diberikan oleh Michael Ang.

Diberi kelonggaran untuk ‘shooting’ pun cukup

Besar sangat pengaruh artis dia

Dahulukan dulu pelajar sekolah

Terima kasih Michael, fikir orang lain dulu

Dalam pada itu, Michael berkongsi pendapat bahawa selebriti sepatutnya menjalankan peranan sebagai ‘influencer’ bagi menggalakkan orang ramai mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Sumber: Instagram Michael Ang via omm

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Artis setiap kali ‘cucuk’ dapat duit, sabar je lah buat ‘swab test’ tu!” – Michael Ang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*