Jen4zah Kapten Afwan Dik3bumikan, Isteri Mohon Doa Keluarga Kuat

SESIAPA pun akan diselubungi kesedihan apabila berdepan kehilangan yang tersayang.

Begitu juga yang terjadi kepada anak dan isteri juruterbang Sriwijaya Air SJ 182, Kapten Afwan.

Si anak yang masih berharap agar Kapten Afwan pulang kerana merasakan ayahnya masih terbang menjalankan tugasnya sebagai juruterbang.

Walaupun begitu, isteri Kapten Afwan mengakui bahawa dirinya telah reda dengan pemergian suami tercinta.

Dia juga meminta orang ramai mendoakan agar keluarganya kuat dan sabar untuk meneruskan kehidupan tanpa insan tersayang di sisi.

May4t Kapten Afwan dikenal pasti oleh Pasukan DVI Ibu Pejabat Polis pada hari Jumaat lalu, 29 Januari 2021.

Menurut Tribunnews, selain Kapten Afwan, dua may4t lain turut telah dikenal pasti.

Karopenmas Polri Brigjen Jenderal Rusdi Hartono berkata, m4ngsa pertama Afwan RZ (54), kedua adalah Suyanto (40) dan yang ketiga adalah Riyanto (32).

Oleh itu, jumlah may4t mngsa yang telah dikenal pasti identiti mencapai 58 dari jumlah 62 penumpang di dalam pesawat.

Jen4zah Kapten Afwan dikebvmikan di Taman Makam Bahagia (TMB) Pondok Rajeg, Cibinong, Kabupaten Bogor, semalam.

Sebelum dikebvmikan, jen4zahnya ditempatkan di bilik may4t lebih kurang satu jam atas permintaan dua anak perempuan Kapten Afwan.

Isteri Kapten Afwan, Pipit Rahmawati, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu proses pengebvmian.

“InsyaAllah, keluarga kami reda dan ikhlas menerima ketetapan Allah ini, semoga keluarga kami dapat menjadi kuat dan sabar dalam mengatur kehidupan di masa depan,” ujarnya.

Sementara itu, kisah kebaikan Kapten Afwan, juruterbang pesawat Sriwijaya Air SJ 182 yang terhemp4s, menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Juruteknik pesawat Sriwijaya Air, Novrizka Rizkiano atau dipanggil Rizki, rakan Kapten Afwan, menjelaskan kebaikan Allahyrham.

Rizki mengenali Kapten Afwan sebagai juruterbang yang baik dan sabar serta tidak pernah mar4h.

“Arw4h sememangnya boleh dicontohi kerana beliau sangat baik dan sabar. Semasa bekerja, Kapten Afwan tak lek4ng dengan memakai topi putih di kepalanya.

“Beliau juga sentiasa mengajak rakan-rakan lain untuk bersolat secara berjemaah,” katanya.

Pes4wat komersial Sriwijaya Air dilaporkan hilang kontak selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta untuk menuju ke Pontianak, 9 Januari lalu.

Menurut jurucakap Kementerian Perhubungan (Pengangkutan) Indonesia, pes4wat k0mersial itu berlepas jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat dan dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 petang waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).

Pesawat jenis Boeing 737-500 itu membawa 62 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan terpvtus hubungan selepas beberapa minit berlepas.

Al-Fatihah dan salam takziah kepada keluarga.

Sumber SinarPlus

Facebook Comments

Be the first to comment on "Jen4zah Kapten Afwan Dik3bumikan, Isteri Mohon Doa Keluarga Kuat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*