5,218 mangsa ditipv Mcau Sc4m tahun ini

Jumlah kerugian dan kes penipuan, Mac4u Sc4m sejak tiga tahun lalu meningkat dan membabitkan majoriti mangsa wanita.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenyah Komersial, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, sehingga Oktober lalu sebanyak RM256 juta kerugian direkodkan berbanding RM254 juta tahun lalu.

“Sebanyak RM226 juta kes pada 2018 membabitkan seramai 4,965 mangsa.

“Pada tahun lalu, 5,725 mangsa dicatatkan dan 5,218 mangsa dalam tempoh yang sama tahun ini selain 1,420 dituduh di mahkamah,” katanya.

Menurutnya, ada antara mangsa tertekan dengan ugvtan dimasukkan ke dalam lokap, ditangkp harta dirmpas di bawah tindakan undang-undang tertentu mendorong mereka memindahkan wang ke akaun tidak dikenali yang menyamar sebagai anggota polis dan sebagainya.

“Penjenyah hanya membuat panggilan atau melalui dalam talian tanpa bersemuka. Mereka menyamar mengaku dari pejabat pos, pejabat kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Mereka dilatih menipv untuk memperdayakan mangsa,” katanya selepas majlis serah tugas Ketua Polis Melaka di Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka di Bukit Beruang di sini, hari ini.

Katanya, tidak pernah wujud talian yang disambungkan di antara polis atau pejabat serta agensi kerajaan lain seperti LHDN atau mahkamah dan pengguna diminta tidak melayani sebarang panggilan yang tidak dikenali.

Sumber via sinar harian

Facebook Comments

Be the first to comment on "5,218 mangsa ditipv Mcau Sc4m tahun ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*