Pernah Tular Tinggal di Pondok Usang Kerana Kemiskinan. Selepas 3 Tahun, Ini Nasib Mereka Sekarang

Kisah Haida Abdullah, 32 bersama suaminya, Auseng Ngoh, 35, dan tiga anak berusia tujuh hingga 12 tahun yang terpaksa tinggal di bangsal usang akibat kemiskinan pernah mendapat liputan media tiga tahun lalu.

Bangsal usang yang terletak di Kampung Bukit Gajah, Jalan Industri, di Gua Musang itu dibina di atas tanah kerajaan dan keadaannya cukup uzur.

Apa yang menyedihkan, bukan sahaja atap bocor serta berdindingkan zink dan kain, malah pondok berlantaikan kayu itu sudah reput serta tiada bekalan air dan elektrik.

Mereka mendiami bangsal itu selepas tidak lagi mampu menyewa rumah berikutan suami Haida, Auseng, hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM500 sebulan hasil upah menoreh getah.

Ketika itu Haida, dia bersyukur kerana banyak pihak datang untuk menghulurkan pelbagai bantuan kerana bersimpati dengan nasib hidupnya.

Sekitar Mei 2019, merekah akhirnya dipindahkan ke rumah baharu yang dibina pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Kampung Tanah Puteh, Gua Musang.

Tiba giliran Haida sekeluarga bantu orang lain

Kini selepas tiga tahun sejak kisah mereka pertama kali tular, Haida yang dihubungi telah menceritakan keadaan hidup mereka sekarang.

” Kini giliran saya pula bantu orang susah selepas ada kemampuan dalam usaha perniagaan sendiri,” kata Haida Abdullah, 33.

Haida menyimpan hasrat membalas budi banyak pihak yang turut menyumbang bantuan hingga hidupnya membawa perubahan selepas kisah hidupnya sekeluarga miskin dan tinggal di pondok usang di Bukit Gajah, tular, tiga tahun lalu.

” Keadaan hidup saya bersama suami dan tiga anak mula berubah selepas menerima sumbangan berterusan daripada banyak pihak.

” Kami diberi bantuan rumah percuma daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan dapat menjadi usaha baharu,” katanya di sini, hari ini.

Kenangan hidup miskin tinggal di pondok usang itu sudah berakhir dan mengajar Haida bersama suaminya,

Auseng Ngoh, 35, mencari nafas baharu.

Anak pernah tidak membawa wang saku ke sekolah

Malah, tiga anak mereka termasuk Muhammad Hafiz Haikal, 12; Nur Asyikin, 11, dan Muhammad Syawal Fitri, 7, yang pernah tidak membawa wang saku ke sekolah sudah tidak lagi berdepan demikian.

Dia juga berterima kasih kepada akhbar Harian Metro dan Berita Harian yang banyak membantu hingga menerima sumbangan seumpama itu.

Menurut Haida, dia turut menerima pelbagai barang keperluan termasuk mesin jahit daripada pelbagai agensi kerajaan untuk hidup berdikari dengan menjahit.

Katanya, bermula dari situ kehidupannya mula berubah dan hasil keuntungan bidang jahitan itu juga turut disedekahkan kepada mereka miskin.

Malah, tambahnya, sumbangan juga diberikan kepada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (PEKAGM) kerana pertubuhan itu yang mula membantunya.

” Sekurang-kurangnya sumbangan saya itu boleh membantu pula mereka yang hidup susah kerana saya amat mengerti perjalanan hidup mereka.

” Bagaimanapun, saya sekeluarga tidak lagi akan hidup lalai dan tetap melakukan apa sahaja asalkan boleh memberi rezeki,” katanya.

Sumber : asia kini

Facebook Comments

Be the first to comment on "Pernah Tular Tinggal di Pondok Usang Kerana Kemiskinan. Selepas 3 Tahun, Ini Nasib Mereka Sekarang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*