Joey BPR kena k0mpaun langgar SOP, sekali peminat hantar masej

SELEPAS dikenakan k0mpaun RM1,000 kerana g4gal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penyanyi Joey BPR mendedahkan dia dihubungi individu tidak dikenali menyatakan hasrat membantunya membayar dnda tersebut.

Menurut Joey atau nama sebenarnya, Johari Mat Rozekhi, 57, dia terkejut apabila menerima mesej daripada seorang lelaki di aplikasi WhatsApp yang mahu memberi sumbangan bagi membayar kompaun berkenaan.

Cerita Joey, individu itu tergerak hati untuk menghubunginya selepas membaca hantarannya di laman Facebook mengenai kompaun berkenaan.

“Individu itu terbaca tentang perkongsian saya dan terus mesej nak hulurkan sumbangan RM1,000. Saya pun terkejut tak sangka ada yang nak bantu… sejujurnya saya tak kenal siapa lelaki itu, peminat atau wakil mana-mana pertubuhan pun saya tak pasti.

“Apabila dia kata nak bantu bayar, saya okay sahaja dan bagi nombor akaun bank… mula-mulanya saya janji nak bayar balik apabila dah ada duit, tapi dia menolak. Katanya dia ikhlas nak bantu. Alhamdulillah, duit itu pun sudah diterima!

Joey kongsi mesej perbualan dan surat kompaun yang diterima.

“Individu berkenaan memang tak mahu dikenali, saya ada muat naik mesej perbualan kami di Facebook tapi dia minta padam posting tersebut kerana tertera namanya, jadi saya delete dan muat naik semula tanpa nama,” katanya kepada mStar.

Pada malam Sabtu, Joey dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka dan mencatat nama ketika memasuki sebuah kedai serbaneka di Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur.

Difahamkan, kedai terbabit juga melanggar SOP PKPB apabila beroperasi selepas jam10 malam.

Kalau kita buat baik, insyaAllah kita pun akan terima kebaikan daripada orang lain!
Sementara itu, Joey berkata ini bukanlah kali pertama dia menerima sumbangan daripada individu tidak dikenali.

“Sejujurnya ini bukan kali pertama saya bertemu individu yang pemurah begini, sebelum ini ada beberapa individu tampil membantu… pernah ada seorang wanita masukkan duit semasa saya sakit dulu.

“Saya tak minta, tapi orang nak bagi saya ambil. Kita pun bukan banyak duit, kalau mereka rasa nak sumbang, kita terima… mereka pun tak minta publisiti, membantu dalam diam-diam.

Pemberi sumbangan minta Joey tak dedah maklumat diri.

“Saya pun tak berani nak hebahkan maklumat orang yang bagi sumbangan itu, sebab mereka sendiri minta supaya jangan didedahkan identiti jadi saya kena hormat permintaan itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Joey berkata ada hikmah dia dikompaun kerana dapat melihat masih wujud insan pemurah yang tidak lokek membantu.

“Saya tak kisah kena kompaun kerana sedar undang-undang itu untuk kebaikan kita semua. Tapi di sebalik apa yang terjadi saya nampak masih wujud insan berhati mulia dan pemurah.

“Mereka tahu kita orang susah, jadi mereka bantu. Ternyata di dunia yang penuh kerakusan ini masih ada mereka yang mengasihani.

“Apa yang saya kongsi ini bukan gimik atau rekaan… tetapi memang benar! Kalau kita buat baik, insyaAllah kita pun akan terima kebaikan daripada orang lain,” katanya.

“Inilah Gaji Aku, Tak Banyak Tapi…” – Joey BPR Hanya Terima Bayaran RM666? Biar Betul?

Sebelum ini Penyanyi kumpulan Bumi Putra Rockers atau BPR, Joey terpaksa akur apabila hanya menerima RM666 selepas menjayakan Konsert Jelajah 1,000 Tahun Takkan Mungkin BPR di Roof Top, City Plaza, Johor Bahru pada 28 Disember lalu.

Perkongsian itu diluahkan menerusi satu posting berserta sekeping gambar di Facebooknya.

Menurut Joey, jumlah berkenaan merupakan pendapatan bersih diterimanya selepas ditolak dengan kos yang berkaitan termasuklah peninapan hotel.

“Inilah gaji aku, tak banyak namun aku gembira. Susah payah aku naikkan BPR tapi ada anasir menjatuhkan kata BPR bubar.

“Kini menjadi tugas aku untuk menaikkannya semula dan album BPR berjudul Sayonara bakal dipasarkan. Memuatkan 10 lagu tidak lama lagi,” katanya.

Tambah Joey, 56, atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, 56, biarpun tersungkur dan perlu merangkak, dia tetap akan berjuang.

“Tapi bila aku berdiri nanti, kau takkan berupaya mengejar aku.

“Aku tahu, satu hari nanti Allah akan menarik semuanya. Sampai masanya, bila aku bangun pagi, aku tak upaya untuk menyanyi lagi.

“Tapi sebelum itu aku takkan menyerah kalah. Seribu tahun takkan mungkin,” katanya.

Difahamkan, anggota lain kumpulan turut menerima jumlah bayaran lebih kurang sama.

Anda boleh lihat posting di bawah.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Sumber via kecoh ape

Facebook Comments

Be the first to comment on "Joey BPR kena k0mpaun langgar SOP, sekali peminat hantar masej"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*