Puad gesa PM berundur, dakwa Azmin, Hamzah diperslahkan

Rumah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara menjadi tumpuan beberapa pengunjung malam tadi

Perkembangan ini hadir beberapa jam setelah Muhyiddin gagal mendapatkan perkenan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengisytiharkan drurat.

Beberapa kenderaan bercermin gelap dilihat memasuki pekarangan kediaman Muhyiddin malam ini.

Kenderaan tersebut dipercayai kenderaan beberapa menteri.

Puad gesa PM berundur, dakwa Azmin, Hamzah dipersalahkan

Dalam pada itu Anggota Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas Yang di-Pertuan Agong menolak cadangannya untuk mengisytiharkan darurat.

Dalam satu hantaran di Facebook, Fuad juga menjelaskan mengenai apa yang berlaku di kediaman perdana menteri di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, malam tadi.

Berlangsung dalam suasan emosi

Puad mendakwa pertemuan di kediaman Muhyiddin itu berlangsung dalam suasana emosi apabila pemimpin Bersatu dikatakan menyalahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berhubung cadangan tersebut.

“Semua menuding jari ke arah Azmin dan Hamzah. Benarkah “ill advise” kepada Muhyiddin itu adalah mereka,” Soal Puad.

Ketika pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkumpul di kediaman Muhyiddin malam tadi, terdapat spekulasi bahawa perdana menteri dan presiden Bersatu itu akan meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan Bersatu yang bercakap dengan Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan menafikan perkara ini.

Sementara itu, Puad berkata penolakan Yang di-Pertuan Agong terhadap perisytiharan drurat mempunyai dua implikasi.

“Pertama, Agong menyedari “langkah Muhyiddin” itu hanyalah mslihat polltik bukan untuk memerangi Covid-19.

“Di para tiga kenyataan media Istana Negara, dinyatakan….’Al-Sultan Abdullah merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani w4bak ini dengan baik dan berkesan’,”

“Kalau YDP Agung yakin, kenapa PM tidak yakin. Apakah PM cuba membohongi YDP Agong? Alhamdulillah, YDP Agong dan Majlis Raja-Raja amat teliti dan bijaksana,” kata Puad.

Kedua katanya, ramai pakar perundangan mengatakan Seri Padukan harus mendengar nasihat perdana menteri seperti termaktub dalam Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan, namun perkara itu tidak berlaku.

“Tapi nampaknya nasihat Memanda Menteri tidak diterima. Maka di mana kredibiliti seorang perdana menteri,” katanya

PM: Jemaah menteri akan bincang lebih lanjut titah Agong

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata jemaah menteri mengambil maklum mengenai “pendapat” Yang Di-Pertuan Agong yang menyifatkan tiada keperluan mengisytiharkan drurat.

Muhyiddin juga berterima kasih atas nasihat baginda agar ahli polltik berhenti mengganggu gugat kestabilan pentadbiran kerajaan.

“Jemaah menteri mengambil maklum kenyataan Istana Negara mengenai pendapat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan drurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia.

“Jemaah menteri akan berbincang dengan lebih lanjut akan titah Seri Paduka Baginda Tuanku.

“Keutamaan jemaah menteri dan kerajaan pada masa ini Ialah untuk melindungi rakyat daripada wab4k Covid-19,” katanya dalam kenyataa media malam ini.

“Saya menjunjung kasih di alas kepercayaan Seri Paduka Baginda kepada kerajaan pimpinan saya dan menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu-gugat,” kata Muhyiddin lagi.

Sumber via semasa

Facebook Comments

Be the first to comment on "Puad gesa PM berundur, dakwa Azmin, Hamzah diperslahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*