“Petua orang dulu untuk zaman dulu, bukan sekarang” – B4yi diberi minum air kanji, doktor ajar mak ayah ‘buta’ sejarah

ORANG tua-tua dahulu sememangnya banyak mengamalkan petua serta pantang Iarang tertentu dalam kehidupan seharian.

Amalan ini diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain, yang mana ada kelompok masyarakat masih lagi mengamalkannya sehingga kini.

Selain ‘kaya’ dengan petua untuk ibu yang berpantang, salah satu amalan yang masih lagi diamalkan hingga kini oleh sesetengah masyarakat adalah memberi bayi minum air rebusan nasi atau air kanji.

Namun amalan ini sangat tidak digalakkan kerana ia memberi kesan kepada tumbesaran b4yi kelak, sebagaimana perkongsian oleh doktor perbidanan dan pakar s4kit puan, Dr Imelda Balchin.

Menerusi satu posting di Facebook, Dr Imelda berkata b4yi yang diberi minum air rebusan nasi atau air kanji ini tidak mendapat khasiat yang secukupnya sekali gus ia boleh menyebabkan tumbesarannya terbantut.

“Kenapa tak boleh bagi air kanji? Sebab air kanji hanya karbohidrat, tak cukup protein untuk b4yi membesar. Sebab inilah di Indonesia di mana masih ramai yang masih mengamalkan air kanji untuk b4yi, ada masalah pembesaran b4yi yang terbantut.

Dr Imelda menerangkan amalan memberi b4yi minum air kanji adalah sangat tidak digalakkan kerana ia menjejaskan proses tumbesaran.

“Sebab inilah kerajaan Indonesia membuat kempen air susu ibu untuk rakyat Indonesia, semoga berhenti memberi air kanji kepada b4yi.

“Nak bagi air kanji atau bubur nasi, boleh bagi selepas umur enam bulan sebagai makanan pelengkap,” ujarnya.

Menurut Dr Imelda, ramai ibu bapa khususnya generasi kini yang tidak tahu ‘sejarah’ di sebalik amalan tersebut menyebabkan mereka meneruskannya seperti biasa.

“Kita kena faham, zaman dulu, kem4tian ibu bersalin ialah 20 kali ganda lebih tinggi dari zaman sekarang. Zaman dulu, ibu-ibu bersalin di rumah tanpa bidan bertauliah.

“Punca utama kem4tian ibu bersalin zaman dulu ialah pendar4han yang tidak terhenti semasa dan selepas bersalin. Bila ibu meninggaI dunia dan tiada ibu susuan lain, mana depa nak cari susu formula?

“Kalau bagi susu lembu atau susu kambing, b4yi akan dapat s4kit perut, cirit-birit dan demam. Jadi zaman dulu, depa (mereka) terpksa bagi air kanji,” tulisnya.

Petua orang dulu tu untuk zaman dulu, bukan untuk zaman sekarang.DR IMELDA BALCHINPAKAR SAKIT PUAN

Terang Dr Imelda lagi, ibu yang bersalin di rumah dan mengalami pendar4han teruk selepas proses kelahiran sememangnya akan lemah dan tidak berupaya menyusukan b4yi mereka.

“Ibu-ibu yang kekurangan dar4h yang teruk ini tak boleh bangun dan badan tak boleh buat susu sehingga kuat semula. Sebab itu mereka tiada pilihan, mereka bagi b4yi minum air kanji,” terangnya.

Tambah Dr Imelda, selain pendar4han yang teruk, ibu-ibu yang bersalin di rumah juga berdepan dengan masalah obstetric fistula, iaitu koyakan teruk.

“Sebab itulah zaman dulu, orang tua tak bagi ibu yang baru bersalin minum, sebab ramai ibu di zaman dulu dapat obstetric fistula. Jika ibu tak minum, tak boleh buat susu. Sebab itulah depa terpksa bagi b4yi minum air kanji,” ujarnya.

Justeru seiring dengan perkembangan dan teknologi yang semakin canggih, amalan memberi b4yi minum air kanji adalah tidak lagi relevan.

Air kanji atau makanan pepejal hanya boleh diberi kepada b4yi selepas usianya enam bulan dan ke atas.

“Zaman sekarang, ibu-ibu bersalin di Hospital, kami pastikan pendar4han berlebihan dihentikan untuk menyelamatkan ny4wa ibu. Ada ibu, ada susu ibu.

“Zaman sekarang, ibu yang lemah sebab kekurangan dar4h akan ditambah balik dar4h ibu dengan transfusi dar4h, supaya kuat semula dengan cepat sebelum pulang ke rumah. Ibu sihat, ada susu ibu.

“Zaman sekarang, kami tak benarkan masalah obstetric fistula ini berlaku lagi. Jika susah nak bersalin, kami buat pembed4han Caesar, atau kami bantu dengan vacuum. Jika koyak, kami jahit semula.

Ibu digalakkan memberi susu badan ataupun susu formula ketika usia b4yi mereka berusia enam bulan dan ke bawah.

“Kami galakkan ibu-ibu supaya kerap menyusukan b4yi supaya meningkatkan produksi susu badan. Jika ibu s4kit dan tak boleh buat susu, baru bagi b4yi tambahan susu formula, bukan air kanji dan bukan susu lembu atau susu kambing,”

“Petua orang dulu tu untuk zaman dulu, bukan untuk zaman sekarang,” tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 2,900 shares selain dibanjiri ratusan komen netizen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Viral

Sumber : Mstar

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Petua orang dulu untuk zaman dulu, bukan sekarang” – B4yi diberi minum air kanji, doktor ajar mak ayah ‘buta’ sejarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*