Ini lima perkara yang menjadi tumpuan pada sidang media COV-19 hari ini

PUTRAJAYA: Perkembangan semasa COV-19 hari ini menyaksikan kes positif di negara ini mencatatkan penurunan berbanding pada Jumaat.

Berikut beberapa tumpuan sepanjang sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pada Sabtu.

1. Kes baharu positif COV-19 di negara ini kembali kepada dua digit apabila sebanyak 30 kes baharu dikesan setakat jam 12 tengah hari, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 7,762 kes.

2. Sebanyak 95 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 6,330 kes atau 81.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

3. Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan tiada kes kem4tian baharu direkodkan di negara ini hari ini akibat COVID-19, ia sekali gus menyaksikan tujuh hari berturut-turut Malaysia tidak mencatatkan sebarang kem4tian.

Jumlah kumulatif kes kem4tian COV-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.48 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

4. Tindakan lebih tegas akan diambil terhadap mana-mana pengusaha restoran yang meIanggar garis panduan termasuk dikenakan k0mpaun sehingga RM1,000, kata Dr Noor Hisham.

5. Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya mengesan sembilan kontak rapat membabitkan kes positif pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), setakat ini.

Syarat DiIonggarkan Rentas Negeri, Ini Syarat Yang Ditetapkan Oleh Menteri Bermula 1 Jun.

PUTRAJAYA: Mesyuarat Khas Menteri hari ini bersetuju untuk kembali memberi keIonggaran rentas negeri bermula 1 Jun ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, kebenaran hanya akan diberi kepada pasangan terpisah, urusan kesihatan, bekerja dan kecemasan seperti kem4tian.

“Perjalanan merentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi urusan kerja dan kes-kes kecemasan seperti kem4tian atau perubatan.

“Setelah mendapat nasihat pihak PDRM, Mesyuarat Khas Menteri mengenai Pelaksanaan PKP hari ini bersetuju bahawa pasangan suami isteri yang berjauhan dibenarkan untuk merentas negeri bermula 1 Jun 2020,” katanya pada sidang media harian di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, pada 21 Mei lalu, Ismail Sabri mengumumkan tiada lagi pergerakan rentas negeri yang dibenarkan menjelang perayaan Aidilfitri sebelum ini.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan masih ada yang beratur panjang di balai polis untuk mendapatkan kebenaran balik kampung seperti yang berlaku di Kuantan.

Lebih memeritkan, keIonggaran kepada suami isteri yang menjalin hubungan rentas negeri untuk dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada hujung minggu juga turut ditarik balik kerajaan.

Sumber : Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Media Viral

Facebook Comments

Be the first to comment on "Ini lima perkara yang menjadi tumpuan pada sidang media COV-19 hari ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*