“Sedapnya, Nampak Senang Je Nak Buat..” Datin Eina Azman Buat Tepung Pelita, Hampir Separuh Juta Orang Tonton Resepinya!

 

Alahai, kecur tengok air tangan Datin Paduk4 Eina Azman. Apa sahaja juadah yang disediakan selebriti cantik ini bukan sahaja membuatkan peminat terliur malah perkongsian resipi beliau sangat mudah untuk dihasilkan. Jadi tidak hairanlah laman Instagram Datin Paduk4 Eina sering ‘dikunjungi’ peminat setiap hari.

Rupa-rupanya ia menjadi medan rujukan masakan buat para suri rumah. Lebih-lebih lagi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan sekarang.

 

View this post on Instagram

 

❤️❤️❤️ @datopadukakaiser @aubreykarl #aubreykarlturns4

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Mengintai media sosial milik isteri Datuk Paduk4 Kaiser ini memang jelas terserlah betapa beliau meminati dunia masakan. Dari menu hidangan utama sehinggalah pencuci mulut, semuanya ‘tersimpan’ kemas di Instagram miliknya. Aneka jenis kek, pasta, spageti, lauk-pauk, kuey teow dan murtabak, semuanya ada. Yang pasti Datin Paduk4 Eina memang tak lokek berkongsi resipi.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdullilah dah siap Chocolate Chip Cake Pisang 😀 #itsdonebyeinaazman #carasayabyeinaazman #1sttrial

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Paling mengagumkan, setiap video masakan beliau memiliki jumlah tontonan tidak kurang daripada 200 ribu dan pernah menerima sehingga lebih 1 juta viewers menerusi resipi corn d0g!

Walau pertama kali beliau menyediakan sajian tersebut namun hasil air tangan Datin Paduk4 Eina tidak pernah menghamp4kan.

Terbaru, ibu kepada pasangan kembar Arianna Audrey dan Karl Kareef ini memuatnaik resipi kuih paling popular ketika musim bazar Ramadan iaitu tepung pelita. Menyedari orang ramai mungkin svkar untuk mendapatkan kuih tradisi tersebut memandangkan tiada penganjuran bazar Ramadan tahun ini ekoran w4b4k c0v1d-19, Datin Paduk4 Eina terpanggil untuk berkongsi resipi.

Biarpun baru memuatnaik video resipi tersebut tiga hari yang lalu namun sehingga kini ia telah mencecah hampir 400 ribu tontonan.

Kongsinya, “Alhamdullilah today teringin nak makan Tepung Pelita. So terjadilah Tepung Pelitanya.” Tepung pelita air tangan Datin Paduk4 Eina sememangnya menyelerakan. Ditambah pula dengan hiasan daun pandan di atasnya yang menyerlahkan lagi aroma pandan. Makan sejuk-sejuk pun sedap.

Berikut resipi tepung pelita Datin Paduk4 Eina Azman. Selamat mencuba!

a) Bahan-bahan lapisan pandan (hijau)

1 cawan tepung beras
1 cawan air daun pandan
Air
Pewarna hijau
Perasa pandan
1 cawan gula
Sedikit garam
Sedikit air kapur

b) Bahan-bahan lapisan putih

4 sudu tepung beras
2 cawan santan
Garam
Gula

Cara-caranya:

masukkan tepung beras, diikuti air daun pandan. Tuang air ke dalam adunan bersama pewarna hijau. kac4u dan kemudian masukkan perasa pandan serta gula. Kurangkan kuantiti gula jika tidak mahu manis. Seterusnya masukkan sedikit garam dan air kapur. kac4u hingga pekat. Di dalam bekas kukusan, tabur sedikit gula. Tapis air bancuhan tadi dan kukus. Sementara itu, sediakan bahan lapisan seterusnya dengan memasukkan tepung beras, santan, sedikit garam dan gula. kac4u hingga pekat. Tapis dan tuangkan ke dalam bekas berisi adunan pandan tadi. Kukus lagi 10 minit. Siap untuk dihidang.

Sumber : Nona via soya lemon

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Sedapnya, Nampak Senang Je Nak Buat..” Datin Eina Azman Buat Tepung Pelita, Hampir Separuh Juta Orang Tonton Resepinya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*