“Saya Akan Jalani Ujlan Sarlngan Keslhatan Sebaik Tiba Dari Amerika Syarikat” — Alvin Chong

 

Penyanyi dan pelakon, Alvin Chong akan menjalani ujian saringan kesihatan sekali gus bersedia dikuar@ntin selama 14 hari selepas tiba dari Amerika Syarikat.

Alvin, 29, berkata dia akan mematuhi segala arahan yang sudah dikeluarkan kerajaan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula hari ini.

“Sekarang saya dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Amerika Syarikat. Saya maklum berkenaan arahan di keluarkan Perdana Menteri semalam.

 

View this post on Instagram

 

Enjoying my last sunset before I go home. ❤️

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) on

“Jadi, apabila di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti, saya akan buat ujian saringan kesihatan yang disediakan.

“Saya juga akan kuar4ntinkan diri selama 14 hari seperti yang dinasihatkan,” katanya.

Bagaimanapun kata Alvin, yang menjadi keris4uan adalah barangan keperluan harian di rumahnya tidak mencukupi.

“Saya akur dengan arahan PM cuma apa yang diris4ukan sekarang di rumah tidak ada barangan makanan dan keperluan harian. Apa-apa pun, doakan saya tiba dengan selamat,” katanya.

Alvin berada di sana bagi tujuan percutian peribadi selepas terbabit penggambaran drama.

Baru muncul dengan single Tak Terganti terbitan Universal Music, Alvin berkata, dia tidak terlepas daripada menjaga kesihatan sepanjang berada di negara Uncle Sam itu termasuk ketika berada dalam penerbangan.

“Ketika berada di tempat duduk pesawat, saya pastikan ia bersih dan ‘hygiene’ terlebih dahulu. Malah, saya juga tidak terlepas daripada menggunakan topeng muka, losen tangan dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).

“Jadi, jangan rlsau semua. Saya juga tidak mahu ada apa-apa yang berlaku. Jadi, pencegahan awal itu lebih baik,” katanya.

Berkongsi mengenai video muzik Tak Terganti yang turut menampilkan pelakon, Emma Maembong sebagai model, Alvin berkata ia maklum balas diberikan sangat positif.

“Saya gembira dengan sambutan diberikan. Malah, saya berterima kasih kepada semua yang sudah menonton dan memberikan maklum balas.

“Macam penyanyi lain juga, saya berharap lagu ini boleh pergi jauh dan menghiburkan hari-hari anda. Saya juga akan sentiasa belajar dari semasa ke semasa untuk memperbaiki diri,” katanya.

Imbas kembali lakonan Alvin Chong di Astro Go secara online. Tunggu apa lagi dapatkan aplikasi Astro Go di Google Apps dan Apple Store sekarang!

Sumber: gempak via kl press

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Saya Akan Jalani Ujlan Sarlngan Keslhatan Sebaik Tiba Dari Amerika Syarikat” — Alvin Chong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*