Harimau Hendap Dan BerIari Terkam Kanak2, Netizen Kecut Perut

Melawat zoo untuk bertentang mata dengan haiwan Iiar dengan dekat adalah pengalaman yang sangat bermakna buat kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, seorang budak lelaki dari Ireland bernama Sean mendapat pengalaman lebih menarik. Dia berpeluang melihat seekor harimau Siberia yang besar sedang ber@ksi.

Dalam sebuah posting di Twitter oleh bapanya Rob C, dia berkongsikan klip pendek di mana anaknya sedang bergaya untuk mengambil gambar di hadapan kandang harimau.

Tiba-tiba seekor harimau muncul di belakang kanak-kanak itu sambil menghendap perlahan. Apabila Sean pusing ke belakang, haiwan berkenaan berhenti menghampirinya.

Namun sebaik kanak-kanak itu mengalihkan semula pandangannya, harimau Siberia itu terus berIari dan menerk@m ke arahnya.

Mujur terdapat cermin kaca yang tebal yang memisahkan kanak-kanak itu dengan harimau berkenaan. Sean segera berlari dari cermin sementara haiwan Iiar itu cuba untuk mencapai budak itu dari sebalik kaca.

Dengan kapsyen ‘anak saya ada dalam menu di zoo Berlin hari ini”, perkongsian Rob itu membuat ramai netizen kecut perut.

Walau bagaimanapun, ada juga yang meluahkan rasa kurang senang dengan situasi itu kerana berasa kasihan terhadap harimau dalam kurungan yang tidak dapat menuruti naluri membvru secara semula jadi.

Malah ada juga yang berkata mereka ingin melihat budak itu benar-benar dimakan memandangkan bapanya sengaja menyuruh anaknya berdiri di hadapan kaca itu untuk mempersendakan haiwan tersebut.

“Seronok ke mengumpan harimau…”

“Lagi kelakar kalau harimau tu berjaya pec@hkan kaca…”

“Kesian tak dapat puaskan naluri semula jadi..”

Sumber: Twitter Via HCL

Facebook Comments

Be the first to comment on "Harimau Hendap Dan BerIari Terkam Kanak2, Netizen Kecut Perut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*