Power Main Call Of Duty, Skil Nenek 89 Tahun Ini Boleh Buat Ramai Anak Muda MaIu!

Bagaimanakah perasaan anda jika dikalahkan oleh seorang nenek ketika bermain permainan konsol ataupun komputer? Pasti maIu bukan?

Namun, itulah realitinya mengenai kehebatan seorang warga emas, Mori Hamako, 89 atau lebih  dikenali sebagai Gamer Grandma oleh masyarakat Jepun.

Difahamkan, warga emas ini sangat hebat dalam permainan Call of Duty dan Grand Thefft Auto.

Jika anda tidak percaya, anda boleh lihat @ksi nenek ini bermain game menerusi video yang dimuat naik di YouTube miliknya.

Saluran YouTube itu digelar Gamer Grandma dan sehingga kini ia telah mempunyai lebih 100,000 pengikut. Hebat!

Difahamkan, warga emas berkenaan mula terjebak dalam dunia ‘gaming’ sejak tahun 1981 menerusi konsol Cassette Vision.

Antara permainan video lain yang dimainkan oleh beliau ialah F1 Race, The Legend of Zelda, dan Dragon Quest.

Sumber : Gempak

Facebook Comments

Be the first to comment on "Power Main Call Of Duty, Skil Nenek 89 Tahun Ini Boleh Buat Ramai Anak Muda MaIu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*