Farah Nabilah Terima Wang Hantaran RM77,777.77. Ada Apa Disebalik Simbolik Nombor 7?

Tujuh tahun perkenalan, akhirnya mereka diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz.

Pelakon Farah Nabilah telah selamat bergelar isteri kepada Mohamed Amirul Yunus malam tadi di Mutiara Ballroom, Royal Chulan,Damansara.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Saipuddin Ahmad, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Daerah Petaling, Mastori Marsidi.

Berkongsi detik ketika majlis berlangsung,Amirul ada cerita sendiri.

“Saya cuba menghafal banyak kali skrip sebelum akad nikah, tapi bila tiba masa kemuncaknya malam ini, tak sama sebab jantung saya berdengup sangat laju.

“Tapi apa pun Alhamdulillah hanya sekali lafaz sahaja dan semuanya berjalan lancar,” kata Amirul kepada MH selepas majlis akad nikah.

Pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek turut menerima mas kahwin sebanyak RM1000 dengan berbalas tujuh hantaran masing-masing serta wang hantaran bernilai RM77,777.77

Malah, angka tersebut membawa simbolik cinta mereka.

“Saya mengambil angka tujuh untuk nilai wang hantaran itu kerana ia nombor kegemaran.

“Tak sangka, angka tujuh itu juga merupakan simbolik tempoh percintaan kami selama tujuh tahun,” ujar Farah selepas majlis akad nikah.

Saling memahami kerjaya masing-masing, Farah dan pasangannya yang merupakan seorang juruterbang ini menganggap bahawa hubungan mereka sangat kuat dan itu merupakan perancangan Allah.

“Kami mengambil masa yang agak lama juga iaitu selama tujuh tahun kerana tugasan dan kerjaya masing-masing.

“Kahwin ini perlu dirancang sebaik mungkin sebab ia melibatkan jangka masa yang panjang antara kita dengan pasangan.

“Rancangan Allah sangat indah dalam mengatur kehidupan kami,” akhiri Farah.

https://www.youtube.com/watch?v=711okB_HEEU&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=hob5m86wiy8

Facebook Comments

Be the first to comment on "Farah Nabilah Terima Wang Hantaran RM77,777.77. Ada Apa Disebalik Simbolik Nombor 7?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*