“Kawan boleh jadi Iawan”- Zara Zya

Sejak kebelakangan ini pelakon popular, Zara Zya dihimpit kontroversi, meskipun sudah reda tentang berita pertunangannya bersama Hafreez Adam yang terIerai namun timbul pula isu lain.

Ini kerana hubungan baiknya dengan seorang wanita membuatkan ia didakwa menjadi punca Zara Zya putus tunang. Isu berkenaan mula timbul apabila tersebarnya rakaman video paparan perbualan mesej di aplikasi WhatsApp dia bersama wanita terbabit.

Bagaimanapun, menerusi sumber perkara itu dinafikan oleh pelakon popular ini dan menjelaskan mereka berkawan baik selain mengatakan ada pihak sengaja memperbesarkan isu putus tunang.

Namun begitu, terbaru satu perkongsian Zara Zya menerusi Instagram meraih perhatian pengikut dan peminatnya apabila dia merasakan bermacam-macam cerita keluar mengenai dirinya.

 

View this post on Instagram

 

WHAT DOESN’T KILL YOU MAKES YOU STRONGER. Lately macam2 cerita keluar pasal saya. Yelah saya pon tak boleh control apa yg org nk cakap pasal saya. Saya percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya. Saya bersyukur sangat2 sebab tak putus2 fans,family and friends bagi kata semangat menyokong dan doakan yg terbaik utk saya. Yang peluk saya sekarang ni, kawan saya dari Japan. Sanggup dtg sini semata2 nak jumpa dan bg semangat kat saya. @hickeymic Apa yg jadi, biarlah. Saya nk buka buku baru dan jadikan tahun 2020 sebagai tahun cemerlang utk bisnes dan juga karier. Saya harap sokongan semua utk bg saya lbh kuat dan tabah utk harungi cabaran seterusnya. Nasihat saya, berkawan jangan seribu . Please, kecilkan your circle. Kawan boleh jadi lawan. 😊 #zarazya @zarazyaloverz @trimzshot

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Bagaimanapun, katanya dia tidak dapat mengawal apa yang orang mahu bercakap mengenai dirinya namun pelakon ini percaya setiap berlaku ada hikmahnya.

“What doesn’t kill you makes you stronger. Lately macam2 cerita keluar pasal saya. Yelah saya pon tak boleh control apa yang orang nak cakap pasal saya. Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah…

“Saya bersyukur sangat2 sebab tak putus2 fans, family and friends bagi kata semangat menyokong dan doakan yang terbaik untuk saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zara Zya juga memperkenalkan orang yang memeluknya dalam video yang mana merupakan kawannya dari Japan.

“Yang peIuk saya sekarang ni, kawan saya dari Japan. Sanggup datang sini semata2 nak jumpa dan bagi semangat kat saya. @hickeymic…

“Apa yang jadi, biarlah. Saya nak buka buku baru dan jadikan tahun 2020 sebagai tahun cemerlang untuk bisnes dan juga karier.

“Saya harap sokongan semua untuk bagi saya lebih kuat dan tabah untuk harungi cabaran seterusnya, Nasihat saya, berkawan jangan seribu. Please, kecilkan your circle. Kawan boleh jadi lawan,” tulis Zara Zya.

Sumber: Zara ZyaHarian Metro via HCL

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Kawan boleh jadi Iawan”- Zara Zya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*