“Penuhlah Stadium Dengan Gadis-Gadis Musim Depan” – Pemain Korea Kacak Bakal Jadi Defender Perak!

Bersiap sedia semua! Stadium bola sep@k pasti akan lebih meriah tahun hadapan.

Hal ini kerana seorang pemain Korea Selatan, Jeon Hyo-seok akan diimport masuk sebagai pemain pertahanan skuad bola sep@k Perak (Perak FA) tahun hadapan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Twitter Perak Power hari ini.

“Tahukah kome. Bakal defend import Perak. Penuhle stadium dengan gadis-gadis musim depan,” tulis akaun terbabit.

Desas-desus mengenai kemasukan pemain itu diperkukuhkan apabila ada peminat berkongsi foto Hyo-seok bersama wakil barisan tertinggi Perak FA.

Namun, masih belum ada sebarang pengumuman rasmi oleh kelab bola sep@k itu.

Sebelum ini, Hyo-seok, 22, yang berketinggian 1.87 sentimeter merupakan midfielder kelab Asan Mugunghwa selepas beralih daripada Jeju International University.

Terdahulu, pemain kacak Perak FA, Brendan Gan telah mengumumkan akan meninggaIkan skuad The Bos Gaurus untuk musim 2020.

Sumber : Gempak

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Penuhlah Stadium Dengan Gadis-Gadis Musim Depan” – Pemain Korea Kacak Bakal Jadi Defender Perak!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*