Myvi Buat Hal Lagi, Kali Ini Redah Banjiir Pula

Kereta Perodua Myvi sering sahaja dikaitkan dengan pelbagai situasi diluarjangkaan manusia. Sebelum ini ia seringkali menjadi ‘bahan’ jenaka netizen gara-gara kemalangan yang berlaku melibatkan kenderaan jenis tersebut.

Mungkin disebabkan fizikal kenderaan ini yang kecil dan kebolehannya dibawa laju, membuatkan sesetengah pemandu Myvi terlupa yang mereka sebenarnya sedang memandu kereta kecil. Oleh kerana itu nama kenderaan ini pula yang sering menjadi sensasi di internet.

Terbaru satu video yang memaparkan kereta Myvi meredah banjiir tular di sosial media. Video berdurasi 26 saat itu membuatkan ramai terkejut dengan kebolehan kereta jenis ini.

Dalam rakaman tersebut kelihatan kereta Myvi itu sudah pun berada di dalam air banjiir tersebut. Ia turut kelihatan sedang bergerak di dalam air banjiir yang hampir menenggelamkan keseluruhan kenderaan tersebut.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh si pemuatnaik video tersebut, rakaman itu berlaku di Sungai Kelong, Bukit Abal, Kelantan.

Jangan lalu la kot sungai kelong (bukit abal ) dehh.. Harap maklum.. myvi sokmo ganas. Gpo2 myvi paling hot sekali.

Posted by Hamirawani Husain on Saturday, November 30, 2019

Video ini telah meraih 246,000 tontonan dengan lebih 2,800 shares.

Rata-rata netizen meninggaIkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Myvi tidak mengecew@kan. Dalam air atas pokok terbang tungang terbalik semua boleh”

“Maibi tak pernah mengecew@kan. Terbukti memang boleh menyelam”

“Myv serba serbi boleh…Sebelum ni kes terbang pon hado..tersangkut atas bumbung ado…”

Sumber: Hamirawani Husin via HCL

Facebook Comments

Be the first to comment on "Myvi Buat Hal Lagi, Kali Ini Redah Banjiir Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*